Tuesday, February 12, 2008

Perasaan Saya Pada Hari Ini

Pelbagai perkara yang telah saya lalui pada hari ini.Yang baik dan juga yang buruk.

Pertama sekali,saya gembira kerana dapat pergi ke sekolah dan belajar tanpa sebarang masalah.
Semuanya berjalan dengan lancar.Inilah contoh hari yang akan saya menikmati dengan sepenuhnya.

Saya juga merasai bahawa sebagai wakil kelas,banyak cikgu yang menaruh harapan terhadap saya.Perkara yang kecil juga saya dipanggil.Tetapi,ini adalah pelajaran hidup yang akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Saya juga berasa sungguh berkobar-kobar untuk menghabiskan tugasan saya supaya di rumah,saya boleh membuat apa sahaja yang saya suka!Mujur,saya dapat menghabiskan kebanyakkan tugasan yang diberi guru-guru saya.

Rasa kebebasan dan kegembiraannya sungguh memuaskan.

Itu sahajalah yang dapat saya cerita tentang hari Selasa ini buat sekarang.

Wednesday, January 23, 2008

Mencipta blog saya

Pada pendapat saya,teknik membuat blog adalah satu ilmu yang sangat berguna kerana ia dapat digunakan lagi untuk masa hadapan apabila saya mahu membuat blog tersendiri.

Saya rasa sungguh bangga dengan kerjaya yang telah saya buat kerana tidak senang untuk mendapat peluang sebegini. Tidak semua orang dapat belajar mereka blog. Saya rasa bagus juga jika anda tahu mereka blog kerana ia akan menjaga alam sekitar. Kita tidak harus mengguna kertas untuk membuat kerja rumah.

Yang terakhir sekali,saya rasa ia adalah sesuatu contoh cara belajar moden yang menunjukkan kemajuan pembelajaran dan teknologi.

Tuesday, January 22, 2008

tulis pengalaman kamu mencipta blog ini.apakah perasaan yang kamu alami? jelaskan mengapa.apakah pendapat kamu tentang penggunaan blog sebagai wadah pembelajaran