Tuesday, February 12, 2008

Perasaan Saya Pada Hari Ini

Pelbagai perkara yang telah saya lalui pada hari ini.Yang baik dan juga yang buruk.

Pertama sekali,saya gembira kerana dapat pergi ke sekolah dan belajar tanpa sebarang masalah.
Semuanya berjalan dengan lancar.Inilah contoh hari yang akan saya menikmati dengan sepenuhnya.

Saya juga merasai bahawa sebagai wakil kelas,banyak cikgu yang menaruh harapan terhadap saya.Perkara yang kecil juga saya dipanggil.Tetapi,ini adalah pelajaran hidup yang akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Saya juga berasa sungguh berkobar-kobar untuk menghabiskan tugasan saya supaya di rumah,saya boleh membuat apa sahaja yang saya suka!Mujur,saya dapat menghabiskan kebanyakkan tugasan yang diberi guru-guru saya.

Rasa kebebasan dan kegembiraannya sungguh memuaskan.

Itu sahajalah yang dapat saya cerita tentang hari Selasa ini buat sekarang.